Occasion: Juadah Tempatan
Tapioca Kuih
Bahan-bahan
Arahan
Lapisan Bawah
Campurkan santan, gula kastor, gula merah, AJI-NO-MOTO® dan daun pandan. Masak dengan api yang kecil sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan bancuhan menjadi sejuk.
Letakkan plastik makanan (lut sinar) dalam loyang yang bersaiz 8” x 8” x 3”. Letakkan sedikit minyak di atas plastik tersebut.
Panaskan pengukus. Kemudian, gaul bancuhan tadi bersama ubi kayu dan tepung beras dengan sebati.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
Angkat dan lapkan air kukus yang berlebihan dengan kertas dapur dan buat sedikit kelaran memanjang dan melintang pada permukaan lapisan ini.
Lapisan Atas
Campurkan semua bahan lapisan atas kecuali garam dan gaulkan. Tambah garam jika diperlukan.
Tapiskan bancuhan dan masak dengan api yang kecil sehingga separuh pekat.
Kemudian, tuangkan perlahan-lahan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit.
Sejukkan talam ubi kayu selama sehari.
Potong dan hidangkan.
Ulasan