– E-dagang akan tiba –

Maklumat Penghantaran dan Penyerahan

Pesanan akan diproses untuk penghantaran pada hari perniagaan sahaja (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk Cuti Umum) dalam tempoh 3-7 hari bekerja dari tarikh pesanan. Kami menggunakan J&T sebagai kurier penghantaran standard kami, kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan di pihak kurier.

Dasar Pertukaran

Untuk pertukaran, sila e-mel ke khidmat pelanggan kami nombor pesanan anda dan maklumat yang diberikan pada barang yang terjejas dalam masa 7 hari selepas menerima barangan.

e-mel: admin.smartcooking@ajikl.com.my

Pertukaran Produk boleh diatur di atas sebab berikut:

  1. Jika produk dihantar dalam keadaan rosak atau cacat; atau
  2. Jika produk yang dihantar adalah salah. Produk untuk pertukaran hendaklah dikembalikan dalam keadaan asal, kuantiti dan pembungkusan seperti yang pertama kali dihantar kepada pelanggan bersama-sama dengan bukti pembelian.
  3. Jika produk telah tamat tempoh.
  4. Produk perlu ditukar dengan produk yang sama dalam pesanan awal yang dibuat.

*Sila dimaklum bahawa kami tidak menawarkan bayaran balik, hanya pertukaran produk boleh digunakan jika mana-mana situasi di atas berlaku.

Pertukaran Produk tidak layak jika: 

  1. Produk yang dibeli oleh pelanggan tidak betul.
  2. Pelanggan terlebih membeli produk. 


Jika anda memulangkan atau membatalkan sebahagian daripada pesanan yang telah dibayar dengan kupon/baucar, kupon/baucar tersebut akan menjadi tidak sah dan tidak akan dipulangkan.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad berhak untuk menolak bayaran balik atau pertukaran jika produk tidak memenuhi keperluan Polisi Pemulangan di atas.