Kuih Talam Berlauk

60m

Bahan-bahan

Kuih
Hiasan
Inti
Sos

Arahan

Kuih
1

Campurkan tepung beras dan tepung ubi kayu.

2

Larutkan garam dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung dengan air dan masukkan ke dalam campuran tepung beras dan tepung ubi kayu tadi.

3

Masukkan santan ke dalam campuran tadi. Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati.

4

Kemudian tuangkan ke dalam kuali dan masak sehingga ia menjadi sedikit pekat.

5

Alaskan loyang dengan plastik makanan (lut sinar) dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.

6

Masukkan adunan ke dalam loyang, dan masukan dadu ubi keladi. Kukus selama 30 minit.

Inti
1

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan pes kari, cili merah dan cili hijau. Tumiskan bahan-bahan ini sehingga naik bau.

2

Masukkan ayam dan udang yang telah dicincang. Seterusnya taburkan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung. Kacau sehingga masak dan ketepikan.

Sos
1

Panaskan kuali tanpa minyak. Tumiskan cili merah yang siap dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

2

Masukkan sos cili dan gula merah. Kacau sehingga sebati.

3

Masukkan gula secukup rasa dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung. Kacau sehingga pekat dan ketepikan.

Penyediaan Peringkat Akhir
1

Tuangkan sos ke atas kuih talam terdahulu. Selepas itu, taburkan inti keatasnya.

2

Taburkan bahan-bahan hiasan mengikut susunan diikuti geragau kering, cili merah, cili hijau, daun bawang.

3

Kukuskan selama 15-20 minit lagi sehingga masak dan keluarkannya.

4

Taburkan bawang goreng dan daun sup.

5

Potong dan sedia dihidangkan.

Ulasan

  1. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Shah Shafiee
    ★★★☆☆
    03/09/2023
    5/5
    1/5

    Saya dah cuba, memang sedap 🥰🥰🥰