Occasion: Sarapan
Bihun Sup
60m
Bahan-bahan
Arahan
Sambal Kicap
1
Kisarkan kesemua bahan sehingga halus.
2
Ketepikan.
Bahan Iringan
1
Letakkan sebahagian bihun kedalam mangkuk. Sendukkan sup keatas bihun. Letakkan isi ayam, taugeh, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedia dihidang bersama sambal kicap.
Sup
1
Panaskan minyak masak, gorengkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
2
Masukkan dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3
Masukkan rempah sup dan tumis sehingga pecah minyak.
4
Masukkan air dan ayam. Didihkan.
5
Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
6
Setelah isi ayam masak, keluarkan dan racikkan isi ayam.
Ulasan
×
Menu wajib ketika musim hujan..sedap di makan ketika panas.
tetbaik dari ladang
Sedap dan paling cepat dan mudah disediakan.
makanan kegemaran kami sekeluarga... senang di sediakan dan sangat sedap...🤩
Rasa yang Enak sesuai untuk semua peringkat umur..Anak2 berselera makan..Tak perlu tambah ape²..Terbaik
Saya peminat bihun sup..jd saya dah try resepi ni..mudah,cepat dan sedap sangat.... 😍👍🏻👍🏻👍🏻
My favourite ni,pekena dengan sambal kuah kicap cili api gerenti terangkat..😋😋
resepi yang mudah diikuti dan bahan bahannya senang didapati di rumah..mudah dan cepat.