Bihun Goreng Singapore

30m

Bahan-bahan

Arahan

1

Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.

2

Masukkan isi ayam dan udang. Kacau sehingga masak.

3

Tepikan isi ayam dan udang di dalam kuali, masukkan telur dan kacau sehingga masak.

4

Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa, kicap masin dan garam. Kacau rata.

5

Masukkan bihun, sayur-sayuran dan air. Kacau sehingga bihun lembut.

6

Sedia untuk dihidang.

Ulasan

  1. Rasa:
    n.thirah
    ★★★★★
    11/01/2024
    5/5

    Selalu guna resepi ni bila goreng bihun Singapore, memang sedap

  2. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Rusmiati Mase
    ★★★☆☆
    05/09/2023
    5/5
    1/5

    Sedap.. Tak la susah sgt pun. Letak dlm karipap.. Inti karipap bihun namanya.. Lps tu letak kuah lada.. Mantap

  3. Rasa:
    Amirah87
    ★★★★★
    01/09/2023
    5/5

    Dah cuba masak..sedap sangat. Masa memasak pun tidak terlalu lama. Saya tambah bebola ikan sebab anak saya sukakannya.

  4. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Siti2020
    ★★★★★
    20/08/2023
    5/5
    5/5

    Sedap sagat2 simple, bahan2 sedia ada dlam peti sejuk.. Ikot cita rasa kita nak add on ape2 dalam Bihun tu, saya dh try sedap, anak2 pun suka xperlu susah payah beli dr luar.. Sumpah sedap walwpun simple gila

  5. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Aina Syakirin
    ★★★★☆
    09/07/2023
    5/5
    2/5

    Sumpah memang sedap bihun ni.mudah sangat nak masak bihun goreng singapore tp kalau saya suka tambah kangkung dalam bihun buat air lada dan makan dengan keropok keping.nikmat sangat