Cuisine: Jepun
Salmon panggang
Bahan-bahan
Ikan Salmon
Sos Dill
Hidangan Sampingan
Arahan
Ikan Salmon
Campurkan bawang putih, daun parsley,daun selasih kering, jus lemon dan AJI-SHIO® Lada Hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Sapukan campuran ke atas ikan salmon dan perapkannya selama 30 minit.
Gorengkan sedikit permukaan ikan salmon di kedua-dua belah dengan minyak zaitun.
Bakarkan ikan salmon di dalam ketuhar dengan suhu 180⁰C dalam masa 5 – 7 minit atau goreng sehingga ikan salmon masak.
Hidangkan ikan salmon bakar dengan sos dill dan hiaskan dengan hidangan sampingan.
Sos Dill
Tumiskan bawang putih dan bawang kecil dengan mentega.
Masukkan krim dan masak dengan api perlahan.
Masukkan daun dill, AJI-SHIO® Lada Putih, garam dan masak sebentar.
Hidangan Sampingan:
Celurkan sayur asparagus dan rendam di dalam air sejuk.
Rebuskan kentang russet sehingga empuk.
Tumiskan sayur asparagus, tomato ceri dan kentang dengan minyak zaitun.
Masukkan AJI SHIO® Lada Putih dan goreng seketika.
Ulasan