Bebola Udang Emas

60m

Bahan-bahan

Bahan-bahan: Udang
Bahan-bahan: Adunan Ubi Kentang
Bahan-bahan: Salutan
Bahan-bahan: Hiasan

Arahan

Cara Menyediakan Perap Udang:
1

Bersihkan udang dan kupas kulitnya.

2

Potong bahagian belakang udang dan gunakan air untuk membersihkan usus udang.

3

Perap udang dengan garam dan serbuk lada putih selama 20 minit

Sediakan Adunan Ubi Kentang:
1

Kupas kulit ubi kentang dan potong dengan saiz yang kecil.

2

Didihkan air dalam periuk, masukkan kentang dan rebus selama 15 minit. Toskan kentang, letakkan kentang ke dalam mangkuk besar dan tumbuk kentang.

3

Masukkan AJI-NO-MOTO®, serbuk lada hitam dan gaul rata.

4

Bahagikan adunan kentang kepada 12 bahagian dan jadikan sebagai bebola kentang.

5

Leperkan bebola kentang dan masukkan seekor udang ke dalamnya. Bungkus udang dan gulungkan kentang menjadi bentuk bulat.

6

Salutkan bebola udang dengan tepung serba guna, telur dan serbuk roti.

7

Panaskan minyak dalam periuk, goreng bebola udang sehingga kedua-dua belah kekuningan.

Hiasan:
1

Potong rumpai laut panggang menjadi bentuk mata dan mulut.

2

Sapukan sedikit mayonis pada bebola udang emas untuk melekat rumpai laut panggang.

3

Gunakan sos tomato untuk melukis pipi.

4

Nikmati golden prawn ball yang enak.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.