Cooking theme: Penggoreng Udara
Set Ayam Kurma
Bahan-bahan
Arahan
Kaedah untuk Ayam Kurma
Panaskan minyak, masukkan buah pelaga, bunga cengkih dan bawang putih, goreng rata.
Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit. Teruskan mengacaunya.
Apabila sudah berwarna perang, masukkan serbuk ketumbar dan serbuk cili.
Tambah TUMIX® secukup rasa.
Masukkan pes halia, bancuhan bawang goreng dan yogurt, biarkan masak selama beberapa minit. Kemudian letak garam masala.
Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air sebelum ditutup.
Biarkan masak dengan api perlahan.
Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan panas.
Tips: Boleh tambah air jika suka kuah.
Kaedah untuk Acar Timun
Potong timun dan lobak merah menjadi kepingan nipis.
Masukkan Pal Sweet®, cuka dan garam, gaul rata.
Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.
Kaedah untuk Sup Tomato
Cairkan mentega dengan api perlahan. Masukkan bawang dan masak sehingga lembut dan lut sinar.
Masukkan tepung dan kacau hingga adunan sekata.
Masukkan tomato dan jusnya, air, TUMIX® dan AJI-SHIO®. Naikkan api ke sederhana sehingga ia mula mendidih, kemudian kecilkan api kepada perlahan. Reneh seketika.
Masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Kaedah untuk Lassi Biasa dengan Mangga
Masukkan semua bahan dalam pengisar kecuali mangga dan kisar sehingga konsisten smoothie.
Dihidangkan sejuk dengan mangga potong dadu.
Ulasan