Nasi Ayam

60m

Bahan-bahan

Ayam
Nasi
Kicap
Sos Cili
Sup
Bahan Iringan

Arahan

Ayam
1

Didihkan air, celurkan ayam di dalam air rebusan sehingga kulit kelihatan masak atau bertukar putih. Keluarkan dari air mendidih.

2

Satukan bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam. Sapukan pada ayam. Perapkan selama 2 jam.

3

Panaskan minyak masak dan goreng sehingga masak dengan api sederhana.

Nasi
1

Rendamkan beras selama 20 minit dan toskan selama 20 minit.

2

Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

3

Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.

4

Tuangkan air rebusan ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.

Kicap
1

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.

2

Masukkan air rebusan ayam, kicap manis dan sos tiram. Didihkan.

Sos Cili
1

Kisarkan cili merah, bawang halia dan bawang putih. Tuangkan bahan kisar kedalam periuk dan masukkan sos cili, sos tomato dan cuka. Biarkan mendidih.

2

Perasakan dengan garam dan gula.

Sup
1

Didihkan air rebusan ayam. Masukkan rempah sup.

2

Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.

3

Masukkan daun sup. Sedia untuk dihidang.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.