Sedapnya…nanti nak buat lah untuk berbuka puasa…
Kueh Teow Ladna
60m
Bahan-bahan
Arahan
1
Gaul sekata kueh teow dengan kicap pekat, ketepikan.
2
Panaskan minyak masak, kacau-goreng kueh teow sehingga masak. Ketepikan.
3
Untuk kuah, didihkan air, masukkan bawang putih, TUMIX® Perencah Pati Ayam, garam dan gula.
4
Masukkan ayam dan udang. Rebus sehingga masak dan keluarkan.
5
Masukkan lobak merah dan kalian. Rebus sehingga masak dan keluarkan.
6
Masukkan campuran tepung ubi ke dalam air rebusan dan kacau sehingga pekat.
7
Setelah mendidih, tutupkan api dan masukkan telur. Kacau perlahan.
8
Susunkan ayam, udang dan sayuran ke atas kueh teow yang telah di kacau goreng.
9
Tuangkan kuah ke atas kueh teow dan sedia untuk dihidang.
Ulasan
×
Sedapnya...nanti nak buat lah untuk berbuka puasa...
Nmpk sdp. Dlu prnh rasa kwn msk mmg sdp menu ni
Yummy Mudah disediakan
wah sedapnya koeyteow ladnaa...nanti nK try buat lahh 😍😍
Sedap betul la resepi kat dalam ni... Semua best sangat2... Kue tiau ladna ni pun sedap sgt dan mudah tau... Masak utk family mesti semua suka👍🏻👍🏻
Menu wajib order kalau gi restoran,wah sekarang tak payah lagi nak gi restoran kalah nak makan,ikut saje,resepi diberikan gerenti jadik n sedap.