Occasion: Resipi Pantas
Telur Kukus Bersama Ayam Cincang
30m
Bahan-bahan
Arahan
1
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging ayam kisar sehingga sedikit keperangan.
2
Masukkan kicap manis, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan minyak bijan, kacau rata.
3
Masukkan daun bawang, kacau rata kemudian tutup api. Ketepikan.
4
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan air suam perlahan-lahan sambil memukul telur. Tapis adunan telur, masukkan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam. Gaul sebati.
5
Sediakan mangkuk kaca atau pinggan yang dalam. Tuangkan adunan telur dan masukkan ke dalam pengukus, kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
6
Tuangkan minyak bijan dan ayam cincang yang telah digoreng di atasnya. Hiaskan dengan daun bawang.
×
Ulasan