Occasion: Sarapan
Roti Goreng Sardin
Bahan-bahan
Arahan
Cara menyediakan: Inti
Panaskan 1 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
Masukkan sardin, cili merah, cili kisar dan daun bawang, kemudian tumis sehingga cili kisar masak dan sebati.
Bancuh 1 sudu besar tepung gandum bersama 3 sudu besar air dan ketepikan.
Letakkan 1 sudu besar inti ditengah permukaan roti dan ratakan pada satu bahagian.
Sapu bancuhan tepung gandum pada sisi permukaan roti dan lipat dua membentuk segi tiga. Ketepikan.
Gaul rata lebihan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan lebihan air. Masukkan minyak panas sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul sebati dan celup roti kedalam bancuhan tepung.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan dan rangup.
Sedia untuk dihidang.
Ulasan