Set Paprik Sotong

75m

Bahan-bahan

Paprik Sotong
Somtam
Sup Tomyam Sayur

Arahan

Kaedah untuk Sotong Paprik
1

Panaskan minyak masak, masukkan serai, bawang putih, halia dan cili kisar. Kacau hingga naik bau.

2

Masukkan sotong dan tumis hingga separuh masak.

3

Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram, daun limau purut dan SERI-AJI®. Kacau sedikit lagi.

4

Akhir sekali masukkan air, semua sayuran dan cili mata burung. Biarkan ia mendidih selama 3 – 4 minit.

5

Perasakan dengan garam dan dihidangkan.

Kaedah untuk Somtam
1

Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Toskan dengan baik dan ketepikan.

2

Gaul rata semua bahan dalam mangkuk.

3

Taburkan ikan bilis di atas dan hidangkan.

Kaedah Sup Tomyam Sayur
1

Didihkan air dan hidupkan api sederhana, masukkan SERI-AJI® Perencah Tom Yam.

2

Masukkan semua bahan kecuali tomato. Kacau sekali sekala hingga sayur empuk.

3

Masukkan tomato dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan air limau nipis dan kacau hingga sekata. Hidangkan semasa panas.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.