Cuisine: Barat
Spageti Tom Yam
60m
Bahan-bahan
Arahan
1
Didihkan air dan masukkan spageti dengan sedikit minyak zaitun. Masakkan spageti sehingga lembut.
2
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau wangi.
3
Masukkan sotong dan udang dan kacau sehingga masak. Diketepikan.
4
Panaskan minyak zaitun dan masukkan semula serai.
5
Tumiskan bawang putih, cili padi, sos ikan, dan Seri-AjiĀ® Perencah Tom Yam sehingga naik bau.
6
Masukkan air dengan spageti yang telah direbus.
7
Kacau sebati dan perisakan dengan garam dan gula.
8
Masukkan daun limau purut dan dadu tomato.
9
Masukkan bahan-bahan makanan laut yang telah dimasak dan gaul sebati.
10
Tuangkan di dalam pinggan dan hiaskan bersama hirisan daun ketumbar, cili merah, dan limau nipis.
×
Ulasan