Cuisine: Melayu
Roti Jala dengan Sos Madu Santan
25m
Bahan-bahan
Arahan
1
Campur-gaul tepung dan garam dalam mangkuk. Di dalam mangkuk berasingan, pukul santan, air dan telur dengan pemukul telur.
2
Buat satu lubang di tengah-tengah tepung dan secara perlahan-lahan, tuang campuran telur. Pukul sehingga adunan cair halus terbentuk. Tapis adunan dan singkirkan sebarang bahan pejal jika ada.
3
Sapu kuali tanpa lekat dengan sedikit minyak, panaskan dengan suhu sederhana. Dengan perlahan-lahan, curah adunan cair secara bulatan untuk membentuk jala. Biar sehingga masak.
4
Penyediaan sos: Pada suhu rendah, satukan santan, madu, garam, tepung jagung dan daun limau purut dalam periuk. Kacau selama 3 – 4 minit, atau sehingga sos memekat. Padam api dan taburkan Pemanis Pal Sweet®.
×
Ulasan