Cooking theme: Makanan Barat
Pancake Teh Hijau dengan Apple Delight
Bahan-bahan
Arahan
Kupas dan potong dadu epal, kemudian letakkan dalam kuali tidak melekat. Taburkan garam dan tambahkan jus lemon.
Masak dengan api sederhana hingga epal menjadi lembut dan kering. Tutup api dan tambahkan Pal Sweet® Pemanis Rendah Kalori. Kacau hingga sebati. Ketepikan untuk sejuk sebelum disajikan.
Masukkan tepung yang telah diayak, tepung kentang, gula, garam, serbuk penaik, dan natrium bikarbonat ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga sebati.
Campurkan serbuk teh hijau dan air suam hingga menjadi pes yang licin.
Pukul telur, yogurt, dan susu bersama-sama hingga licin. Tambahkan campuran teh hijau dan kacau sebati. Tuangkan campuran cecair ke dalam campuran tepung. Kacau hingga licin. Jangan kacau terlalu lama. Tambah sedikit lagi susu jika perlu untuk mencairkan adunan.
Panaskan kuali tidak melekat dengan api sederhana. Lap kuali dengan tisu yang telah dicelup dalam minyak untuk melenser kuali sedikit. Tuang sesenduk adunan untuk membentuk bulatan. Masak kurang daripada satu minit hingga kental. Balikkan dan masak beberapa saat lagi hingga pancake masak. Alihkan ke dalam pinggan dan teruskan membuat pancake yang lain.
Hidangkan pancake dengan Apple Delight.
Ulasan