Kek Gugelholf Oren

60m

Bahan-bahan

Bahan-bahan sos:
Bahan-bahan pemekat:
Hiasan:

Arahan

1

Panaskan ketuhar kepada 180° C. Griskan acuan gugelholf dan kotkan dengan sedikit tepung gandum.

2

Satukan parutan kulit buah oren, campuran kulit jeruk manis dan tepung naik sendiri.

3

Campur-gaul mentega, gula dan pes oren sehingga berkrim dan halus.

4

Masukkan telur, 1 biji pada setiap masa.

5

Gaul masuk campuran tepung naik sendiri.

6

Secara perlahan-lahan, tuangkan susu sejat dan pukul hingga sekata.

7

Masukkan campuran ke dalam acuan. Bakar selama 40 – 45 minit atau sehingga campuran kek tidak lagi melekat pada pencucuk yang dimasukkan ke dalamnya. (Jika kek cepat menjadi perang, tutup dengan sekeping kertas aluminium yang digris dengan minyak.)

8

Biarkan kek di dalam acuan selama 10, kemudian pindah ke atas rak wayar dan biar menyejuk.

9

Sos: Letakkan jus oren di dalam kuali leper kecil. Panaskan di atas api sederhana dan biar selama 2 – 3 minit. Tabur garam dan masukkan bahan-bahan pemekat.

10

Padam api dan bubuh Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®. Kacau sebati, siram sos di atas kek. Tabur sedikit gula kristal dan campuran kulit jeruk manis.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.