Roti Gulung Ayam

30m

Bahan-bahan

Bahan-bahan A: Inti

Arahan

1

Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga keperangan.

2

Masukkan daun kesum dan isi ayam, kacau sehingga separuh masak.

3

Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gula. Kacau sehingga masak.

4

Masukkan jus limau nipis, gaul sebati dan ketepikan.

5

Pukul telur bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa sehingga rata.

6

Rol roti sehingga leper. Letakkan sedikit inti di tengah roti.

7

Sapukan sedikit bancuhan telur di hujung roti dan gulung dengan kemas.

8

Celupkan gulungan roti ke dalam bancuhan telur.

9

Gorengkan dengan minyak yang panas sehingga keperangan.

10

Sedia untuk dihidang.

Ulasan

  1. Sedap dan mudah untuk disediakan

  2. resepi yang sedap dan mudah. sesuai dimakan untuk sarapan pagi.

  3. Nampak sangat menyelerakan