Cooking Method: Lain-lain
Kari Kambing
Bahan-bahan
Arahan
Tambahkan kambing dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga empuk. Tambahkan lebih banyak air jika perlu. Tambah air ke dalam kambing yang telah direbus dalam periuk sehingga mencapai 1 liter dan ketepikan.
Panaskan ghee dalam periuk lain, goreng kayu manis, bunga lawang, cengkih, dan buah pelaga sehingga harum.
Tambahkan bawang merah, bawang kecil, dan daun kari dan tumis sehingga keemasan.
Masukkan bahan yang telah dikisar (A) dan tumis sehingga keemasan.
Masukkan serbuk cili, serbuk kari daging, serbuk ketumbar, dan serbuk jintan manis dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk. Goreng sehingga minyak pecah.
Masukkan kambing yang telah direbus bersama kuahnya dan kentang. Kacau rata dan masak sehingga kentang empuk.
Masukkan santan, tomato, cili merah, dan cili hijau. Reneh sekejap.
Perasakan dengan TUMIX® Perencah Stok Ayam dan AJI-NO-MOTO®, kacau rata dan biarkan mendidih dan pekat sedikit.
Sedia untuk dihidangkan.
Ulasan