Cooking Method: Goreng
Ayam Masak Kari Kering (Ayam Varuval)
Bahan-bahan
Arahan
Ayam
Potong, bersih dan cuci ayam. Toskan air dan keringkan. Letak dalam mangkuk dan perap dengan bahan-bahan perap. Ketepikan.
Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng celup ayam hingga kira-kira ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan hanya 4 sudu besar minyak dalam kuali. Panaskan kuali, tambah masuk cili kering dan goreng hingga perang gelap. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
Dengan baki minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan A sehingga bawang merah tukar warna. Masukkan pes kari (bahan-bahan perap), kacau hingga minyak terbit.
Kembalikan ayam dan kacau sebati. Masukkan cili kering, serbuk rempah lima dan daun ketumbar. Terus kacau hingga ayam mengering. Taburkan bijan dan kacau. Padam api.
Pindah ke atas pinggan, tinggalkan minyak berlebihan dalam kuali. Hidang ketika panas.
Baru cuba menu ni setelah sekian lama. Tak sangka sedap jgk rupanya.
Sedap dan mencabar
sedap dimakan bersama roti puri atau lempeng.
Yummy