Cooking Method: Rebus
Set Ayam Korea
Bahan-bahan
Arahan
Kaedah untuk Ayam Panggang dengan Manis
Perap ayam dengan SERI-AJI® selama 10 minit.
Letakkan ayam yang telah diperap di atas kertas minyak, sapu dengan sedikit minyak dan bakar pada suhu 190’C selama 10-15 minit. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
Tambah bahan yang tinggal. Kacau hingga pekat.
Masukkan ayam panggang, gaul rata.
Serve sprinkled with sesame seeds.
Kaedah untuk Kimchi
Rendam kubis dalam air dan campuran garam selama 2 jam.
Kemudian basuh tiga kali dan bilas dengan baik.
Campurkan pes cincang, serbuk cili, Pal-Sweet® dan sos ikan.
Masukkan lobak merah, lobak, daun bawang dan kobis. Gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara.
Untuk memudahkan ia cepat masam, biarkan pada suhu bilik selama 2-3 hari. Kemudian sejukkan dalam peti ais.
Tips: Boleh disediakan beberapa hari lebih awal.
*Kimchi mengambil masa 2-3 hari untuk ditapai
Kaedah untuk Sundubu-Jjigae (Rebus Tauhu Lembut Korea)
Panaskan minyak, tumis bawang besar, daging dan cili api hingga naik bau.
Masukkan bahan perasa (B) dan air. Masak dengan api sederhana tinggi.
Apabila mendidih, reneh selama 5 minit dengan api perlahan.
Masukkan kerang dan tauhu, masak 2 minit lagi.
Pecahkan telur di atas rebusan. Masak selama 1 minit.
Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
Kaedah untuk Milkshake
Kisar pisang dengan susu dan Pal-Sweet®
Hidangkan sejuk.
Ulasan