Cooking mastery: Pertengahan
Galette Buah Pic
Bahan-bahan
Arahan
Masukkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul masuk mentega sehingga menjadi doh dan sekata. Jadikan doh kepada bentuk bebola.
Masukkan doh ke dalam tin bakar dan tekan. Cucuk dengan garpu dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan sekeping kertas di atas doh dan taburkan sedikit kacang merah.
Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan kepada 180° C selama 10 minit. Angkat kacang merah dan terus bakar selama 15 minit. Biarkan tin menyejuk seketika.
Inti: Toskan buah pic dan ketepikan 4 ketul pic. Ambil 2 dan potong dadu kecil.
Letakkan dadu-dadu pic di dalam kuali leper, tambah jus lemon, air dan pes kasted. Reneh perlahan-lahan sehingga didih dan pekat. Taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®.
Cedokkan campuran buah pic ke dalam tin.
Hiris 2 baki pic dan letak hirisan di atas galette. Taburkan walnut cincang. Sejukkan sebelum hidang.
Ulasan