Cooking mastery: Pertengahan
Resepi Sayur Lodeh Istimewa
Bahan-bahan
Arahan
Rendam kulit soya kering dan suhun dalam air hingga lembut (selama sekurang-kurangnya 2 jam). Potong dan ketepikan.
Sementara itu, kisar halus bahan-bahan (A) dengan mesin pengisar.
Panaskan ½ cawan minyak masak dalam kuali. Goreng pes (A) di atas api kecil hingga kering. Angkat dan ketepikan. Dengan mesin pengisar yang sama, kisar bahan-bahan (B). Ketepikan.
Masukkan santan cair, labu Siam, lobak merah, kacang panjang, tauhu, terung panjang, daun limau purut, daun salam, pes (A) yang digoreng tadi, pes (B) dan serai ke dalam kuali ataupun periuk besar.
Masak lebih kurang 12-15 minit hingga sayur-sayuran 3/4 masak. Lepas itu, tambah tempe goreng, kulit soya dan suhun, diikuti dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®dan garam hingga cukup rasa.
Terus masak hingga sayur-sayuran empuk. Masukkan santan pekat dan AJI-NO-MOTO®. Angkat sebaik sahaja santan itu mula didih.
Hidang panas dengan nasi putih.
Ulasan