Cooking mastery: Pertengahan
Seri-Aji ‘Bowl’ Kentang Popcorn Ayam Berkeju
Bahan-bahan
Arahan
Popcorn Ayam
Campurkan 2 sudu besar Seri-Aji® Seasoned Flour Spicy Flavour dengan air sejuk. Kacau rata dan salutkan ayam dengan campuran tersebut. Perap ayam selama 30 minit.
Masukkan baki Seri-Aji® Seasoned Flour Spicy Flavour ke dalam bekas bertutup. Tambahkan ayam yang telah diperap, tutup bekas tersebut dan goncang supaya ayam bersalut rata.
Panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak sepenuhnya dan rangup.
‘Bowl’ Kentang
Lenyek kentang yang telah dikukus dengan krim masakan dan mentega tanpa garam dalam mangkuk. Gaul rata.
Perasa dengan AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper. Gaul rata.
Taburkan keju cheddar dan mozzarella di atas. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit untuk mencairkan keju.
Susun popcorn ayam di atas kemudian taburkan isi jagung manis dan tomato.
Sedia untuk dihidang.
Ulasan