Cooking duration: Lebih dari 60 min
Roti ‘Bubble’
Bahan-bahan
Arahan
Campurkan yis bersama 10 g susu didalam bekas dan ketepikan.
Masukkan lebihan susu didalam bekas yang lain dan capur sebati bersama madu. Ketepikan.
Didalam bekas yang besar masukkan tepung roti, tepung susu, telur dan bancuhan susu dan madu. Uli rata selama 20 minit sehingga membentuk doh.
Balut dan simpan didalam peti sejuk selama 40 minit.
Masukkan bancuhan susu dan yis. Uli rata.
Gaul rata mentega cair bersama AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Tuang kedalam doh tadi dan uli rata selama 25 minit.
Rehatkan doh pada suhu bilik selama 1 jam.
Taburkan tepung pada permukaan alas meja atau dulang dan juga tangan. Keluarkan doh, timbang dan bahagikan doh kepada 8 g setiap satu. Bulatkan dan susun diatas acuan pembakar.
Rehatkan doh selama 40 minit pada suhu bilik.
Sapu susu pada permukaan roti dan bakar didalam ketukar yang telah dipanaskan pada suhu 175˚C selama 10 minit. Setelah masak sapukan mentega diatas roti.
Sedia untuk dihidang.
Roti ini lembut. Cantik dipandang, Enak dimakan.
Sedapp