Kesari dengan Buah-buahan dan Kacang

25m

Bahan-bahan

Arahan

1

Panaskan minyak sapi, goreng kacang gajus dan badam sehingga perang-keemasan, ketepikan. Dalam kuali leper yang sama, goreng semolina di atas api kecil sehingga beraroma. Sebaik sahaja warnanya tukar, padam api dan pindah ke dalam satu pinggan.

2

Tuangkan air ke dalam kuali tersebut dan biar didih. Setelah berbiuh, bubuh pewarna dan gula, kacau hingga larut. Sedikit demi sedikit, masukkan semolina dan kacau berterusan di atas api sederhana. (Perlu berhati-hati pada langkah ini supaya campuran ini tidak jadi ketul-ketul.)

3

Selepas semolina masak, masukkan gula dan terus kacau. Ia akan menjadi berbiuh selepas kering, jangan risau dan terus kacau.

4

Masukkan minyak sapi, terus kacau hingga selapis campuran melekat di dinding kuali. Masukkan susu sejat, kacang gajus, badam, kismis dan ceri, kacau pantas dan padam api. Taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®.

5

Jika anda ingin dapatkan ketulan kecil, pindahkan campuran ke dalam pinggan yang telah disapu dengan minyak sapi dan potong. Anda juga boleh ambil satu sudu besar campuran dan letak dalam bekas kecil.

6

Semasa dihidang, boleh tambah 1 sudu teh minyak sapi untuk rasa tambahan dan permukaan yang licin.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.