Ayam Bakar dengan Kentang

80m

Bahan-bahan

Bahan perap A:

Arahan

1

Bakar kepingan badam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180° C selama 5 – 6 minit atau sehingga perang-keemasan.

2

Kelar ayam 2 – 3 kali secara serong dan perap dengan bahan-bahan (A) sekurang-kurangnya 20 minit.

3

Kotkan ayam dengan tepung gandum dan singkirkan tepung lebihan.

4

Goreng-tohor ayam, satu ketul pada setiap masa, dalam kuali leper yang mengandungi minyak zaitun panas. Goreng setiap sisi 3 – 4 minit atau sehingga sedikit keemasan. Pindahkan ayam ke satu loyang yang dialas dengan kertas aluminium.

5

Dengan baki minyak dalam kuali leper, tumis bawang besar and bawang putih selama 2 – 3 minit, atau sehingga bawang menjadi lembut.

6

Masukkan lada benggala dan ubi kentang. Kacau masuk serbuk kari dan daun thyme. Tambahkan baki bahan-bahan perap (A) dan sedikit air. Kacau buat seketika.

7

Tuangkan sos bersama dengan kentang ke atas ayam. Tutup dengan kertas aluminium dan bakar pada 180°C selama 25 – 30 minit, atau sehingga ayam masak.

8

Hias dengan kepingan badam dan sedia dihidang.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.