Kitchen Tips
What’s New

Resipi Raya Lazat, Autentik dan Konfem Jadi!

Hari Raya Aidilfitri hampir tiba dan suasana di rumah pasti dah mula riuh. Dari mengemas rumah hinggalah nak fikir juadah apa yang nak dihidang untuk tetamu, semuanya kena urus dalam masa yang terhad. Tapi, jangan risau! Walaupun masa di dapur tak banyak, kita tetap boleh hidangkan masakan tradisional yang sedap dan meningkatkan nostalgia Raya.

Nak tahu rahsianya? Teruskan membaca! 

Lazatkan Juadah Raya dengan Mudah

Pernah terfikir tak kenapa sesetengah makanan rasa sedap sangat sampai tak boleh berhenti makan? Itulah keajaiban umami, deria rasa  kelima yang wujud selain manis, masam, masin, dan pahit.

Dengan produk Ajinomoto, kita boleh tingkatkan rasa umami ni dalam masakan kita. Tak kiralah nak masak rendang, nasi goreng, atau mi kari, semua jadi lebih sedap dan seimbang walaupun kita tak ada masa lama di dapur. Jadi, walaupun kita tengah kalut nak siapkan persiapan Raya, masakan konfem jadi!

Resipi Raya Lazat & Konfem Jadi

Nak masak untuk tetamu atau keluarga besar, tapi tak nak berejam bersilat di dapur? Cubalah resipi-resipi Raya Lazat dan Konfem Jadi dari www.smartcooking.com.my yang bukan sahaja senang disediakan, tapi juga penuh dengan rasa lazat!

1. Rendang Ayam Cili Api

Rendang ni menu wajib Raya, kan? Tapi tak semua orang ada masa nak masak berjam-jam. Jangan risau, tambah je AJI-NO-MOTO® dalam rendang ayam cili api ni. Rasa umami dia akan bagi kelazatan pada kuah dan ayam. Lebih-lebih lagi, AJI-NO-MOTO® ni ada 2/3 kurang sodium berbanding garam biasa, jadi rasa sedap tu datang tanpa rasa terlalu masin. Boleh tabur sikit semasa memasak untuk menambah rasa sedap dalam masakan, dan pasti tetamu suka!

2. Nasi Jagung

Kalau nak sesuatu yang ringkas tapi istimewa, cuba buat Nasi Jagung dengan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam. Campurkan dengan isi jagung manis, sedikit susu cair, dan daun pandan. Rasa lemak manis dia memang sesuai dinikmati bersama juadah Raya. Perencah ni dah ada rempah yang seimbang dan lengkap, jadi tak payah susah-susah cari rempah ratus!

3. Mi Kari Jawa Sarawak

Mi Kari Jawa Sarawak ni menu yang sedap kesukaan para tetamu. Nak bagi kuah dia lagi ‘kick’, tambah AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Lada Hitam Berperisa yang lengkap dan  menaikkan aroma dan tambah ‘Shiok!’, buat orang tak sabar nak ‘Round 2’!

4. Ayam Goreng Berempah  

Siapa tak suka ayam goreng berempah panas-panas masa Raya? Dengan Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna, ayam goreng jadi harum dan sedap. Campuran serbuk kunyit, rempah ratus terpilih, dan perasa asas yang lengkap dalam perencah ni menghasilkan ayam yang cukup berperisa dan mudah disediakan. Senang je resipi ni, perap ayam dengan perencah, halia, lengkuas, serai dan daun kari dan goreng sampai garing. Siap dalam masa tak sampai sejam!

5. Daging Goreng Ketumbar

Untuk hidangan daging pula, cuba resipi Daging Goreng Ketumbar ni dengan menggunakan TUMIX® Perencah Pati Ayam. Perencah ni ada rasa ayam dan bawang-bawang yang seimbang. Jadi, tumis je daging dengan ketumbar dan perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam, terus ada rasa ‘oomph’! Tak payah lama, dalam 45 minit dah boleh hidang untuk 5 ke 6 orang. Sedap dimakan dengan nasi panas atau ketupat.

6. Udang Masak Diraja  

Nak hidangan laut yang mewah di Hari Raya? Ikut resipi Udang Masak Diraja kami dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Rasa lada yang berperisa dan aroma yang harum memang memikat selera. Gaul udang dengan bahan-bahan lain, tumis hingga pecah minyak, tambahkan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan gaul rata. Hidangan ‘diraja’ pun siap untuk tetamu istimewa!

Guna Ajinomoto, Lagi Banyak Masa Beraya!

Ajinomoto menyerlahkan keenakan masakan dan menjadikan kelazatan juadah tetap konsisten. Masakan pun jadi mudah dan cepat! Jadi,  barulah ada lebih masa untuk beraya! Selamat mencuba resipi-resipi ini dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!

Nak Raya yang lagi meriah ? Jangan lupa sertai peraduan Beli & Menang Raya Mestilah Onz dan menangi hadiah terkumpul sebanyak RM38,800!

Cara penyertaan:

  1. Beli RM15 atau ke atas produk Ajinomoto dalam satu resit.
  2. Hantarkan penyertaan dengan gambar resit melalui WhatsApp atau https://smartcooking.com.my/ms/contest/ajinomoto-raya-2025/

Sertai sekarang!