Archives: Contests
PERADUAN REKA RASA MALAYSIA – TERMA & SYARAT
Peraduan “Reka Rasa Malaysia” ini dianjurkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad (‘Penganjur’). Peraduan ini akan bermula dari 18 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023 (“Tempoh Peraduan”) di Facebook dan juga Instagram.
Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini, peserta bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini. Notis Privasi (Jika ada) yang dilampirkan kepada atau sebaliknya disediakan berhubung dengan Terma & Syarat Peraduan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada terma-terma Peraduan ini. Penganjur berhak untuk meminda Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Tempoh Peraduan –
Peraduan ini akan bermula dari 18 Ogos 2023 sehingga 17 September 2023.
Kelayakan –
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dengan kad pengenalan yang sah kecuali kakitangan Pihak Penganjur, syarikat-syarikat gabungannya, pengedar, agensi pengiklanan dan syarikat promosi jualan serta ahli keluarga terdekat mereka.
- Untuk menyertai peraduan ini, peserta harus mempunyai akaun Facebook dan/atau Instagram.
- ‘Post’ penyertaan yang mengandungi produk yang BUKAN daripada sebahagian barisan produk Ajinomoto (Malaysia) Berhad (‘Penganjur’) adalah dikira TIDAK sah dan batal. Antara jenama produk dari Penganjur adalah seperti AJI-NO-MOTO®, Seri-Aji® , Rasa Sifu™, AJI-SHIO®, dan TUMIX®.
- Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Setiap ‘Post’ yang dimuat naik di akaun Facebook/ Instagram peserta DAN mengikut kriteria ditetapkan, akan dikira sebagai satu (1) penyertaan.
- Bagi tujuan pengesahan oleh pihak penganjur untuk setiap penyertaan oleh peserta, akaun yang digunakan oleh peserta sama ada Facebook dan/atau Instagram hendaklah ditetapkan ‘Umum’ (Public) sepanjang tempoh peraduan ini sehingga 17 September 2023.
Mekanisme Peraduan & Penyertaan –
Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, peserta hendaklah mematuhi setiap mekanisme peraduan seperti yang berikut:-.
- Masak menu kreatif bertemakan hidangan Malaysia.
- Muat naik gambar masakan di Facebook/Instagram anda (set ‘Public’)
- Kongsikan resipi di caption beserta hashtag #RekaRasaMalaysia #Sedapedia & tag @sedapedia (Facebook) atau @my_sedapedia (Instagram)
Penyertaan yang diterima selepas tarikh 17 September 2023 adalah tidak layak untuk memenangi sebarang hadiah-hadiah yang ditawarkan.
Pemenang dan Hadiah –
Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak berdasarkan ‘post’ yang dimuat naik oleh para peserta di laman Facebook/Instagram mereka. Kesemua peserta yang menyertai peraduan ini berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Istimewa.
Hadiah Keseluruhan:
6x Hadiah Utama: Baucar TnG e-Wallet Bernilai RM500
60x Hadiah Istimewa: Baucar TnG e-Wallet Bernilai RM50
Keputusan Penganjur ke atas pemilihan para pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
Nama Para Pemenang akan diumumkan melalui laman akaun Facebook & Instagram Penganjur seperti yang dibawah –
Pautan akaun Facebook Penganjur:
https://www.facebook.com/sedapedia
Pautan akaun Instagram Penganjur:
https://www.instagram.com/my_sedapedia/
Senarai para pemenang akan diumumkan di laman akaun Facebook dan Instagram Penganjur pada 27 September 2023 (12:00 PM).
Penebusan Hadiah
Para Pemenang harus menghubungi dan memberi maklumat untuk urusan penebusan hadiah di dalam masa 7 hari bermula daripada tarikh notis pemenang yang dikeluarkan di laman Facebook pihak Penganjur. Jika Hadiah tidak ditebus oleh pemenang dalam tempoh tujuh (7) hari mulai tarikh pemenang diumumkan, Penganjur berhak melucutkan kelayakan pemenang dan memilih pemenang seterusnya. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
Sebarang urusan berkenaan peraduan ini hanya akan dibuat melalui laman akaun Facebook dan Instagram penganjur (Sedapedia) SAHAJA.
Penganjur berhak menggantikan sebarang hadiah dengan sebarang hadiah yang lebih kurang sama nilainya. Semua Hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab.
Liabiliti & Tanggung jawab
Pihak Penganjur, syarikat-syarikat gabungannya, pengedar, agensi pengiklanan dan syarikat promosi jualan yang berkaitan dengan peraduan menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Peraduan ini dan tidak akan bertanggung-jawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
Lain – Lain
Dengan menyertai Peraduan ini, setiap Peserta bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini dan pihak Penganjur berhak untuk:
1. Menerbitkan, menggunakan nama dan/atau foto-foto Peserta Layak dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Peraduan ini, Peserta Layak dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan foto yang mereka telah sertakan untuk peraduan ini.
2. Peserta bersetuju bahawa semua hak milik intelektual dalam mana-mana kandungan dan/bahan yang dikemukakan, dibuat atau dicipta oleh Peserta berkaitan dengan Promosi dan sebarang hasil kerja terbitan yang timbul daripadanya secara kekal dan tanpa syarat akan menjadi hak, kepunyaan dan milik Penganjur. Penganjur berhak untuk menggunakan dan mengubah suai bahan atau hasil kerja sedemikian dalam apa cara sekalipun yang dianggap sesuai tanpa pampasan kepada Peserta dan Peserta mengetepikan segala haknya ke atas bahan atau hasil kerja sedemikian. Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini peserta bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.
3. Di mana Terma dan Syarat Promosi disediakan dalam bahawa Bahasa Malaysia dan bahasa lain, sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara Bahasa Malaysia dan bahasa lain, versi bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai dan dikuatkuasakan dalam semua hal.
Perlindungan Data – Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (‘PDPA’)
Notis bertulis (“Notis”) ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak Penganjur Ajinomoto (Malaysia) Berhad. Tambahan lagi, dengan menyertai Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi anda oleh Pihak Penganjur dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Pihak Penganjur akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada Pihak Penganjur seperti nama, nombor kad pengenalan peribadi, nombor hubungan, alamat dan maklumat lain yang kami hendaki daripada anda dalam borang Peraduan ini. Pihak Penganjur akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada Pihak Penganjur, untuk tujuan mengendalikan peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).
Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas.