Udang Masak Butter

60m

Bahan-bahan

Bahan-bahan: Sarang telur
Bahan-bahan: Perapan udang
Bahan-bahan: Menggoreng udang

Arahan

1

Panaskan kuali (sederhana panas), masukkan minyak bersama mentega. Gaulkan pusingan jam secara laju.

2

Pukulkan kuning telur sehingga sedikit hancur bersama AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada sulah.

3

Tuangkan kuning telur ke dalam minyak panas secara meninggi tipis sehingga habis.

4

Minyak dan mentega tadi perlu dikacau terus menerus supaya telur menjadi seperti benang nipis kuning. Tos dan ketepikan.

5

Perapkan udang dengan garam sulah dan AJI-NO-MOTO®.

6

Panaskan minyak untuk menggoreng dalam kuali.

7

Goreng udang sebentar dan jangan biarkan mengecut.

8

Angkat dan toskan.

9

Panaskan sedikit mentega, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari dan serai sehingga garing dan naik aroma.

10

Tuangkan susu cair dan masak hingga mendidih sebentar.

11

Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama garam, lada sulah dan AJI-NO-MOTO®.

12

Gaulkan sos susu dengan udang sehingga rata. Masukkan ke dalam pinggan lebar.

13

Taburkan sarang telur di atas udang. Hidangkan.

Ulasan

  1. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Ilham Zulkifli
    ★★★★★
    11/07/2023
    5/5
    4/5

    Resipi yang perlukan teknik tertentu. Tapi tetap berbaloi bila dapat hasil udang butter yang lazat.