Salad Fettuccine Dingin

45m

Bahan-bahan

Perencah:

Arahan

1

Kelar bahagian bawah tomato berbentuk silang. Masak dalam air didih selama 1 minit. Letak dalam air sejuk selama 1 – 2 minit. Kupas kulit dan buang biji. Potong kasar.

2

Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun. Tambah masuk semua perencah dan tuna. Goreng seketika sehingga sebati. Biar menyejuk.

3

Masak fettuccine dalam air didih. Bubuh garam dan baki minyak zaitun, masak sehingga al dente (pejal). Toskan dan letak dalam air berais selama 2 minit. Toskan air sekali lagi.

4

Gaulkan fettuccine dengan sos tuna.

5

Masukkan bawang merah, kacau sebati supaya sos diserap ke dalam fettuccine.

6

Tambahkan kacang kedelai jepang, kacang pistachio dan daun roket. Gaul sekata.

7

Pindahkan ke dalam mangkuk individu. Oleh sebab ini merupakan hidangan salad digin, anda boleh letakkan mangkuk di antara ais ataupun simpan mangkuk di dalam peti sejuk selama 20 – 30 minit sebelum hidang.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.