Arkib: Recipes
Set Nasi Dagang bersama Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan
Arahan
Nasi Dagang (untuk 4 pax)
Bilas beras wangi dan pulut, rendam bersama di dalam air sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Toskan beras yang telah direndam dan pindahkan ke dalam pengukus bersama dengan halba dan daun pandan.
Kukus beras lebih kurang 30 minit atau sehingga separa masak.
Satukan santan bersama AJI-NO-MOTO® dan garam, kemudian tuang tadi ke atas nasi kukus. Teruskan mengukus sehingga nasi masak sepenuhnya.
Gulai Ikan Tongkol (untuk 4 pax)
Rebus ikan bersama air, bawang putih, lengkuas dan asam keping sehingga masak sepenuhnya. Keluarkan ikan dan ketepikan air rebusan untuk kegunaan kemudian.
Panaskan minyak, tumiskan barang kisar dan rempah gulai sehingga naik bau.
Masukkan asam keping, air rebusan ikan, kerisik dan santan, biarkan mendidih.
Masukkan kepingan ikan dan masak dengan api sederhana, perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, gula nisan dan garam secukup rasa, dan renehkan sehingga kuah pekat.
Acar Jelatah
Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan.
Ulasan