Arkib: Recipes
Set Zapiekanka (Sandwic Muka Terbuka Polish)
Bahan-bahan
Arahan
Zapiekanka (Polish Open Face Sandwich)
Panaskan ketuhar sehingga 200°C (390°F).
Potong memanjang roti baguette kepada dua bahagian, letakkan di atas loyang.
Panaskan minyak masak dengan api sederhana, masukkan bawang cincang, cendawan, ham ayam. Masak sehingga lut sinar dan perasakan dengan AJI-SHIO®.
Sapukan inti cendawan secara rata ke atas bahagian roti baguette yang dipotong. Taburkan rata keju parut di atasnya.
Masukkan roti baguette ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan dan bakar selama 10-12 minit, atau sehingga keju cair dan perang keemasan, dan roti rangup.
Setelah masak, keluarkan dari oven dan paipkan sos tomato dan mayonis. Hiaskan dengan pasli segar yang dicincang, dan dinikmati panas.
Surówka Z Kapusty (Salad Kubis Traditional Polish)
Dalam mangkuk kecil, gaul bersama bahan-bahan (B) sehingga ia larut sepenuhnya.
Satukan kobis, lobak merah, timun dan daun dill. Tuangkan sos ke atas salad dan kacau perlahan-lahan agar sebati, pastikan semua bahan bersalut sama rata. Dihidangkan sejuk.
Barszcz Uzkami (Sup Ubi Bit Bersama Ladu Polish)
Sediakan Barszcz: Didihkan air, ubi bit, lobak merah, bawang, saderi, epal dan daun bay, masak sehingga sayur empuk.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Tapiskan sup dan kembalikan ke dalam periuk.
Masukkan Pal Sweet® dan cuka epal. Laraskan kemanisan dan keasidan jika perlu.
Sediakan Uzkami: Masak bawang cincang di dalam minyak sehingga keemasan, masukkan cendawan. Perasakan dengan AJI-SHIO®. Biarkan ia sejuk.
Isi kulit ladu dengan campuran cendawan, lipat dan tutup.
Didihkan air berserta garam, masukkan ladu, biar sehingga terapung, kemudian toskan. Masukkan ladu ke dalam sup panas sebelum dihidangkan.
Ulasan