Arkib: Recipes
Mi Kolok
Bahan-bahan
Arahan
Untuk minyak bawang, panaskan minyak, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Tapis minyak, ketepikan bawang yg digoreng untuk dipakai kemudian.
Perap ayam dengan bahan-bahan (B) selama 30 minit sebelum dibakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Ketepikan untuk disejukan dan dihiris nipis.
Untuk mi, didalam mangkuk, pukul bersama minyak bawang, kicap manis, kicap pekat dan serbuk lada putih. Masukkan mi dan kacau rata sehingga bersalut. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
Untuk sup, panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar bersama serai, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga perang dan naik bau.
Kemudian masukkan daging lembu dan air, biarkan mendidih sehingga daging empuk. Keluarkan daging, hiris nipis dan ketepikan.
Masukkan daun bawang ke dalam sup dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® and salt.
Untuk menghidang, letakkan mi di atas pinggan bersama hirisan daging, hirisan ayam panggang, sayur bak choy, bawang goreng dan taburan daun bawang. Hidangkan bersama sup daging.
Tip
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 24% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Ulasan