Nasi Ayam

60m

Bahan-bahan

Ayam
Nasi
Kicap
Sos Cili
Sup
Bahan Iringan

Arahan

Ayam
1

Didihkan air, celurkan ayam di dalam air rebusan sehingga kulit kelihatan masak atau bertukar putih. Keluarkan dari air mendidih.

2

Satukan bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam. Sapukan pada ayam. Perapkan selama 2 jam.

3

Panaskan minyak masak dan goreng sehingga masak dengan api sederhana.

Nasi
1

Rendamkan beras selama 20 minit dan toskan selama 20 minit.

2

Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

3

Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.

4

Tuangkan air rebusan ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.

Kicap
1

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.

2

Masukkan air rebusan ayam, kicap manis dan sos tiram. Didihkan.

Sos Cili
1

Kisarkan cili merah, bawang halia dan bawang putih. Tuangkan bahan kisar kedalam periuk dan masukkan sos cili, sos tomato dan cuka. Biarkan mendidih.

2

Perasakan dengan garam dan gula.

Sup
1

Didihkan air rebusan ayam. Masukkan rempah sup.

2

Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.

3

Masukkan daun sup. Sedia untuk dihidang.

Ulasan

  1. Rasa:Tahap Kesukaran:
    nurulakma@1990
    ★★★★★
    20/01/2024
    5/5
    5/5

    Enak dan lazat..mknn kesukaan.

  2. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Farahnaim
    ★★★★★
    15/10/2023
    5/5
    5/5

    Menu harus buat..sebab senang dan sedap

  3. Menu selamat untuk para ibu dalam menyediakan masakan keluarga.

  4. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Intanjaaffar
    ★★★★★
    07/09/2023
    5/5
    5/5

    Terbaik

  5. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Norasfa
    ★★★★★
    01/09/2023
    5/5
    5/5

    Kegemaran anak-anak dan seisi keluarga.

  6. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Amilia_91
    ★★★★★
    21/08/2023
    5/5
    5/5

    Sedap sangat2... Walau susah sikit nak buat tapi sangat berpuas hati bila makan... Ayam sedap, nasi sedap....semuaaaaa sedap... Sapa nak cuba masak nasi ayam kena try resepi ni... 👍🏻👍🏻👍🏻😍

  7. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Ainydagreat
    ★★★★☆
    11/08/2023
    5/5
    3/5

    Menyelerakan