Sambal Kentang Ikan Bilis

60m

Bahan-bahan

Bahan-bahan:

Arahan

Cara menyediakan:
1

Kisar bawang besar, bawang putih, 50 g ikan bilis kopek bersama air. Ketepikan.

2

Panaskan minyak masak, goreng kentang sehingga masak dan sedikit garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

3

Masukkan baki 100 g ikan bilis kopek dan goreng sehingga garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

4

Kurangkan minyak di dalam kuali, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan.

5

Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

6

Perasa dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Gaul rata.

7

Masukkan kentang goreng dan gaul rata. Tutup api dan biarkan sambal sedikit sejuk.

8

Masukkan ikan bilis kopek goreng. Gaul rata.

9

Sedia untuk dihidang.

10

Tip: Masukkan ikan bilis goreng setelah sambal sedikit sejuk supaya ikan bilis kekal garing.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.