Occasion: Potluck
Ikan Masam Manis Garing
40m
Bahan-bahan
Arahan
Cara menyediakan: Ikan Goreng Rangup
1
Perap ikan dengan AJI-NO-MOTO®, garam, daun bawang dan halia. Ratakan pada ikan dan ketepikan selama 30 minit.
2
Keluarkan halia dan daun bawang dari ikan, dan salut nipis ikan bersama tepung ubi kayu.
3
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga keemasan dan rangup.
4
Letak ikan di atas pinggan hidangan.
Cara menyediakan: Sos Masam Manis
1
Panaskan minyak masak, tumis bawang kuning, cili benggala kuning dan cili benggala merah.
2
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul rata.
3
Tambahkan air dan timun. Biarkan mendidih.
4
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Gaul rata.
5
Masukkan campuran tepung jagung dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat.
6
Tuangkan di atas ikan yang telah digoreng dan hidangkan panas.
Ulasan
×
Sedap sangat..