Occasion: Potluck
Burger Daging ‘Homemade’ Bersama Sos Perang Lada Istimewa
Bahan-bahan
Arahan
Cara menyediakan: Sos Perang Lada Istimewa
Cairkan 50g mentega di dalam kuali yang telah dipanaskan kemudian masukkan tepung gandum. Masak sehingga keperangan dan berbau kekacang. Ketepikan.
Cairkan baki mentega dan masukkan bawang kuning. Tumis sehinga kekuningan. Masukkan air dan kicap pekat. Gaul rata.
Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata sehingga mencapai konsistensi kepekatan yang diingini dan perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
Cara menyediakan:
Gaul rata daging kisar bersama serbuk jintan manis, bawang putih, AJI-SHIO® Lada Berperisa and AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
Masukkan bawang kuning, telur dan serbuk roti. Gaul rata.
Timbang adunan kepada 135-140 g setai satu dan bentukkan adunan daging kepada bentuk bulat.
Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger daging, Sos Perang Lada Istimewa, dan hirisan tomato. Letakkan roti burger bahagian atas.
Ulasan