Occasion: Potluck
Kentang Dan Cendawan ‘Au Gratin’
45m
Bahan-bahan
Arahan
1
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sapu sedikit minyak pada kaserol atau bekas pembakar seramik.
2
Tuangkan susu segar, krim, daun salam, daun thyme dan bawang putih ke dalam kuali dan panaskan sehingga mereneh.
3
Apabila ia mula mereneh perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, tutup api. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.
4
Susun hirisan kentang dan cendawan dalam kaserol, susun lapis demi lapis sehingga habis dan tuangkan campuran krim ke atas dan tekan perlahan-lahan kentang dan cendawan untuk menenggelamkannya ke dalam krim.
5
Taburkan keju mozzarella dan keju cheddar di atasnya.
6
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 35 minit atau sehingga kentang berwarna perang keemasan dan empuk.
7
Biarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan.
×
Ulasan