Kuih Gulung (Ketayap)

30m

Bahan-bahan

Bahan-bahan A: Inti
Bahan-bahan B: Kulit

Arahan

Cara menyediakan: Inti
1

Masukkan kesemua bahan di dalam kuali dan masak di atas api yang perlahan.

2

Kacau sehingga gula Melaka dan gula pasir cair dan sebati dengan kelapa.

3

Kacau sehingga sedikit kering dan sejukkan.

Cara menyediakan: Kulit
1

Masukkan santan, telur, daun pandan, pewarna hijau dan air ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

2

Masukkan Seri-AjiĀ® Tepung Goreng Pisang 150g dan kisar lagi sehingga sebati. Tapis menggunakan penapis.

3

Panaskan kuali tanpa lekat dan sapu dengan sedikit minyak.

4

Tuang 1 senduk adunan (nota: mengikut saiz kuali yang digunakan) ke dalam kuali dan pusing kuali ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan bentuk yang bulat.

5

Masak selama 3-4 minit atau setelah bahagian bawah keperangan.

6

Angkat, letakkan inti, lipat dan gulung.

7

Angkat, letakkan inti, lipat dan gulung.

Ulasan

  1. Kulit Kuih Ketayap senang dibuat. Hanya perlu masuk bahan kulit ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Sedapnya kuih ketayap ini!

  2. Rasa sdp overall leceh nk buat inti je..yg lain ok je..