Pastri Ayam Berkrim

40m

Bahan-bahan

Arahan

1

Perapkan ayam bersama 1 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam. Ketepikan.

2

Panaskan mentega didalam kuali, masukkan bawang kuning dan tumis sehingga layu.

3

Masukkan tepung gandum, kacau dan masukkan susu dan air. Kacau lagi sehingga sebati dan mendidih.

4

Masukkan dada ayam dan masak sehingga lembut. Tutup api dan angkat ayam, kemudian carik.

5

Masukkan ayam yang telah dicarik ke dalam kuali semula. Masukkan kacang pis, lobak merah, daun taim dan daun rosmari. Masak sehingga kuah pekat.

6

Perasa dengan 3 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam. Gaul sebati dan sejukkan.

7

Ambil 1 keping kulit pastri, letakkan ayam berkrim tadi dan tutup dengan 1 kulit pastri di atasnya. Tekan bahagian tepi kulit pastri menggunakan garfu. Kemudian, sapu kuning telur ke atasnya.

8

Bakar pada suhu 180°C selama 14 minit.

9

Sedia untuk dihidang.

Ulasan

  1. Nmpk sedap. Nti nk cuba bt jg. TQ resepi