Set Tomyam Makanan Laut Panggang

60m
1 complete set ofSet Tomyam Makanan Laut Panggang
Please Select an Option
Intensity

Nutrition Value in 1 Serving

Calories
539.0kcal kcal
Carbohydrate
65.0g g
Fat
16.5g g
Protein
32.7g g
Sodium
mg

Set Meal

  • Nasi 70 g Nasi putih
  • Tomyam Makanan Laut Panggang
  • Sayur Tumis bersama Bawang Putih
  • Sup Sawi dan Lobak Putih
  • Produk Tenusu200 ml Susu UHT
  • Buah4 hirisan (60 g) Tembikai merah

Bahan-bahan

1 serving
Tomyam Makanan Laut Panggang
Sayur Tumis bersama Bawang Putih
Sup Sawi dan Lobak Putih

Arahan

Tomyam Makanan Laut Panggang
1

Perap semua makanan laut dengan SERI-AJI®.

2

Letakkan daun pisang di atas kepingan aluminium.

3

Di atas daun pisang, letakkan makanan laut yang diperap. Pastikan makanan laut disalut dengan baik.

4

Masukkan tomato, lobak merah, jagung muda dan daun limau purut. Balut kepingan aluminium dengan baik.

5

Bakar makanan laut di atas pemanggang panas selama 10-15 minit setiap sisi atau sehingga masak.

6

Hidangkan panas bersama perahan limau kasturi dan taburan daun ketumbar.

Sayur Tumis bersama Bawang Putih
1

Di dalam periuk, didihkan 500ml air dan celur sayur-sayuran sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan.

2

Panaskan minyak masak di dalam kuali anti-lekat.

3

Tumis bawang putih sehingga naik bau.

4

Masukkan sayur-sayuran siap celur dan perasakan dengan TUMIX®.

5

Kacau goreng sayur tidak lebih dari 3 minit untuk mengekalkan warna dan kerangupan. Sedia untuk dihidangkan.

Sup Sawi dan Lobak Putih
1

Panaskan minyak masak, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau sehingga naik bau.

2

Masukkan air, lobak merah, lobak putih dan ikan bilis. Biarkan mendidih seketika sehingga lobak lembut.

3

Masukkan sawi dan perasakan dengan TUMIX®.

4

Sedia untuk dihidangkan dengan hirisan daun bawang.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.