Cuisine: India
Ayam Gulung Berperisa Kari
Bahan-bahan
Adunan tepung goreng dan salutan
Inti (digaul rata)
Inti
Arahan
Adunan tepung goreng: Masukkan tepung gandum, garam dan telur ke dalam mangkuk. Gaul rata dan tambah air.
Pukul hingga tiada gumpalan. Ketepikan.
Inti: Panaskan minyak dalam kuali. Gaul masuk bawang besar, daun kari dan cili hijau.
Masukkan bahan-bahan (A), campur dan gaul dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam hingga cukup rasa. Tambah halia, bawang putih dan cebisan cili. Kacau sebati di atas api sederhana.
Setelah ayam masak, masukkan ubi kentang lenyek. Di atas api perlahan, kacau sekata. Taburkan daun ketumbar dan padam api. Biar inti menyejuk.
Sapukan sedikit minyak pada kuali griddle, tuang sesenduk adunan tepung goreng. Pusing-pusingkan kuali di atas api sederhana supaya pancake yang nipis & rata terbentuk. Setelah masak, pindah pancake ke atas kayu papan pastri.
Letakkan inti di bahagian tengah bawah pancake. Lipatkan 2 sisi (kiri & kanan) secara kemas dan gulung dari bawah semasa pancake masih panas. Sapu sedikit telur yang telah dipukul di hujung pancake untuk menutupnya.
Salut dengan telur yang telah dipukul dan cebisan roti. Goreng celup ataupun bakar gulungan ayam ini di dalam ketuhar.
Ulasan