Cuisine: India
Set Nasi Campur Gaya Mamak
Bahan-bahan
Arahan
Kaedah Ayam Bakar Berempah
Satukan semua bahan kecuali ayam menjadi pes.
Masukkan ayam, gaul rata. Perap selama 1/2 jam.
Letakkan di atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 190 C selama 20 minit atau sehingga masak.
Kaedah untuk Kobis Goreng
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan udang hingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit, kobis dan air. Kacau dan tutup selama 2 minit.
Apabila kubis empuk, campurkan dengan daun bawang dan Rasa Sifu®
Kaedah untuk Sup Daging Lembu Pedas
Rebus daging lembu, ‘rempah sup’ dan halia sehingga empuk. Keluarkan 'rempah sup'.
Panaskan minyak, tumis rempah kering, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Tuangkan ke dalam daging lembu dan stok. Masukkan semua bahan yang tinggal.
Didihkan kemudian reneh sehingga lobak merah empuk.
Hidangkan dihiasi dengan pasli Cina dan bawang merah goreng.
Ulasan