Cooking theme: Snack
Souffle Mufin Keju Bakar
60m
Bahan-bahan
Arahan
1
Gabungkan semua bahan untuk sos, masak di bawah api yang perlahan sehingga mendidih dan cecair memekat. Ketepikan.
2
Untuk membuat mufin, panaskan susu dalam periuk di bawah api yang perlahan, kemudian biar reneh selama 2 minit. Ketepikan dan biarkan sejuk.
3
Dalam periuk, cairkan mentega, masukkan tepung, garam dan AJI-NO-MOTO®, gaul rata.
4
Tambah campuran tepung ke dalam susu, kacau dengan sudu kayu. Ketepikan.
5
Dalam mangkuk yang lain, pukul telur putih sehingga kembang.
6
Masukkan keju dan telur kuning ke dalam campuran tepung. Ketepikan.
7
Cedok telur putih ke dalam campuran tepung. Gaul perlahan-lahan.
8
Cedok campuran ke dalam tin mufin dan bakar pada suhu 150’C selama 15 – 20 minit.
9
Hidangkan dengan kuah.
×
Ulasan