Nasi Ayam

60m

Bahan-bahan

Ayam
Nasi
Kicap
Sos Cili
Sup
Bahan Iringan

Arahan

Ayam
1

Didihkan air, celurkan ayam di dalam air rebusan sehingga kulit kelihatan masak atau bertukar putih. Keluarkan dari air mendidih.

2

Satukan bawang merah, bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam. Sapukan pada ayam. Perapkan selama 2 jam.

3

Panaskan minyak masak dan goreng sehingga masak dengan api sederhana.

Nasi
1

Rendamkan beras selama 20 minit dan toskan selama 20 minit.

2

Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

3

Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.

4

Tuangkan air rebusan ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.

Kicap
1

Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.

2

Masukkan air rebusan ayam, kicap manis dan sos tiram. Didihkan.

Sos Cili
1

Kisarkan cili merah, bawang halia dan bawang putih. Tuangkan bahan kisar kedalam periuk dan masukkan sos cili, sos tomato dan cuka. Biarkan mendidih.

2

Perasakan dengan garam dan gula.

Sup
1

Didihkan air rebusan ayam. Masukkan rempah sup.

2

Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.

3

Masukkan daun sup. Sedia untuk dihidang.

Ulasan

  1. Enak dan lazat..mknn kesukaan.

  2. Menu harus buat..sebab senang dan sedap

  3. Menu selamat untuk para ibu dalam menyediakan masakan keluarga.

  4. Terbaik

  5. Kegemaran anak-anak dan seisi keluarga.

  6. Sedap sangat2... Walau susah sikit nak buat tapi sangat berpuas hati bila makan... Ayam sedap, nasi sedap....semuaaaaa sedap... Sapa nak cuba masak nasi ayam kena try resepi ni... 👍🏻👍🏻👍🏻😍

  7. Menyelerakan