Cooking theme: Juadah Tempatan
Nasi Istimewa dalam Balutan Telur Dadar
Bahan-bahan
Bahan perencah (A):
Telur dadar (B):
Hiasan:
Arahan
Panaskan minyak bijan dan tumis halia hingga harum dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
Tambah masuk sedikit minyak bijan lagi, goreng bawang besar sampai naik bau. Masukkan udang dan lobak merah, kacau hingga sebati.
Tambah masuk nasi dan bahan perencah (A). Terus goreng hingga sekata dan beraroma. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali leper tidak lekat. Tuang masuk campuran telur (B). Sedengkan kuali dan biar campuran itu merebak rata-rata. Goreng hingga telur menjadi pejal dan secara berhati-hati, pindahkan telur dadar ke atas sekeping pinggan rata.
Cedokkan nasi goreng tadi, letak di atas telur dadar dan balut nasi itu. Pindahkan nasi dalam telur dadar ke atas sekeping pinggan untuk dihidang.
Kelar secara melintang dan buka potongan itu. Taburkan halia, daun bawang dan cili merah. Hidang serta-merta.
Ulasan