Tempe dengan Sambal Ikan Bilis

50m

Bahan-bahan

Arahan

1

Panaskan minyak, goreng berasingan tempe, kacang tanah dan ikan bilis hingga garing. Toskan dan letakkan di atas tuala kertas dapur.

2

Panaskan ¼ cawan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

3

Masukkan cili api, goreng hingga naik minyak.

4

Masukkan sos cili, cuka, air, gula, AJI-NO-MOTO® dan garam. Masak dengan api perlahan.

5

Apabila adunan pekat, tutup api. Kemudian biarkan sejuk sedikit.

6

Masukkan bahan yang digoreng, kacau hingga sebati kemudian sedia untuk dihidangkan. Boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Petua:
1

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia mampu mengurangkan kira-kira 25% natrium sambil mengekalkan keenakan hidangan yang sama.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.