Set Daging Stew Ala Cina

60m
1 complete set ofSet Daging Stew Ala Cina
Please Select an Option
Intensity

Nutrition Value in 1 Serving

Calories
572 kcal
Carbohydrate
68.5 g
Fat
16.4 g
Protein
37.7 g
Sodium
mg

Set Meal

  • Nasi 120 g Nasi putih
  • Daging Stew Ala Cina
  • Taugeh Goreng Bersama Daun Kucai
  • Sup Sawi Gai Choi Rumpai Laut
  • Produk Tenusu & BuahJeli Buah Naga

Bahan-bahan

1 serving
Daging Stew Ala Cina
Taugeh Goreng Bersama Daun Kucai
Sup Sawi Gai Choi Rumpai Laut
Jeli Buah Naga

Arahan

Daging Stew Ala Cina
1

Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

2

Masukkan daging lembu, diikuti dengan lobak merah, lobak putih, cendawan kering dan cendawan hitam.

3

Masukkan air, sos tiram dan kicap pekat. Kacau hingga sebati.

4

Perasakan dengan TUMIX®.

5

Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan mereneh sehingga daging empuk.

6

Taburkan daun ketumbar dan dihidangkan panas bersama nasi putih kukus.

Taugeh Goreng Bersama Daun Kucai
1

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga kekuningan.

2

Masukkan taugeh dan daun kucai, kacau rata.

3

Masukkan TUMIX® dan air.

4

Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan panas.

Sup Sawi Gai Choi Rumpai Laut
1

Masukkan kurma merah, bawang besar, air dan TUMIX® ke dalam periuk. Biar ia mendidih.

2

Masukkan batang Gai Choy, goji beri dan rumpai laut.

3

Masukkan daun Gai choi apabila batang masak. Teruskan mendidih sehingga daun lembut.

4

Masukkan telur, kemudian tutup api dan dihidang panas.

Jeli Buah Naga
1

Kisarkan buah naga merah dan putih secara berasingan sehingga halus untuk dijadikan puri.

2

Larutkan serbuk agar-agar dengan 1 cawan air dan ketepikan.

3

Sediakan lapisan putih: Panaskan susu dan puri buah naga putih sehingga suam sedikit. Masukkan separuh adunan agar-agar, kacau sehingga sebati, keluarkan dari api. Kacau masuk 2 paket Pal Sweet® sehingga larut dan tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan sehingga set.

4

Sediakan lapisan merah: Panaskan puri buah naga merah sehingga suam sedikit. Masukkan baki adunan agar-agar, kacau sehingga sebati, keluarkan dari api. Kacau masuk 2 paket Pal Sweet® sehingga larut dan tuangkan di atas lapisan putih. Sejukkan sehingga set.

5

Hiaskan dengan buah naga yang dipotong dadu setelah lapisan merah set. Hidangkan sejuk.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.