Cooking Method: Makanan Sejuk / Salad
Jeli Serai bersama Sirap Limau Kasturi
Bahan-bahan
Arahan
Cara menyediakan sirap limau kasturi, campurkan air panas dan jus limau kasturi, didihkan. Padam api dan taburkan Pemanis Pal Sweet®. Kacau sekata dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara mambuat jeli, didihkan air bersama serai, halia, daun limau purut dan daun pandan. Kecilkan api dan reneh selama 20 minit hingga harum.
Tapis campuran jeli, masukkan gula merah dan serbuk jeli. Kacau hingga larut seluruhnya. Panaskan campuran sehingga mendidih.
Tuang campuran jeli ke dalam mangkuk. Biar menjadi pejal dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara hidang, senduk dan pecahkan jeli, letak di dalam cawan ataupun mangkuk. Siram dengan sirap limau kasturi dan hias dengan daun pudina.
Ulasan